Carian
Xiaomi Kini Pengeluar Telefon Android 5G Nombor Satu Dunia
August 28, 2021 Aman

Xiaomi kini berkongsi satu lagi pencapaian baharu oleh mereka, dimana melalui laporan Strategy Analytics, Xiaomi kini adalah jenama nombor satu dunia untuk telefon Android berasaskan 5G.

Seperti ramai sedia maklum, sejak setahun kebelakangan ini, lebih ramai beralih ke rangkaian 5G, dan disebabkan oleh itu, ramai yang mula mendapatkan peranti baharu dengan sokongan rangkaian berkenaan.

Xiaomi telah memperkenalkan beberapa peranti dengan sokongan rangkaian 5G pada tahun ini, termasuk pada harga kompetitif melalui jenama Redmi.

Bergerak kehadapan, lebih banyak peranti dijangka akan diperkenalkan dengan sokongan rangkaian 5G. Sama-sama kita lihat sama ada pihak Xiaomi dapat mengekalkan kedudukan tangga pertama peranti 5G ini atau sebaliknya.

Komen