FFALCON Thunderbird FF1 ialah Telefon Yang Dibangunkan Oleh TCL

Diterbitkan pada Ogos 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

FFALCON ialah jenama yang lebih terkenal kerana mengeluarkan televisyen pintar dan merupakan anak syarikat kepada TCL. Jika pengeluar telefon pintar kini semakin banyak mengeluarkan televisyen pintar, FFALCON pula bergerak melawan arus melancarkan telefon pintar mereka FFALCON Thunderbird FF1.

Peranti Android ini dibangunkan dengan kerjasama TCL ini Ia dilengkapi skrin 6.67″ 120Hz, dijana cip Snapdragon 690, memori sebesar 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4300 mAh dengan pengecasan pantas 66W.

Kamera utama menggabungkan sensor 64MP sudut kebar, 8MP ultra sudut lebar dan 2MP pengesan kedalaman. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP yang diletakkan dalam lubang kamera pada skrin. Kesemua lensa kamera utama diletakkan dalam bonggol berkotak seperti Mate 20 Pro.

Pengimbas cap hari diletakkan pada sisi peranti terbina dalam butang kuasa dan akhir sekali peranti turut menyokong rangkaian 5G. Di China FFALCON Thunderbird FF1 dijual pada harga bermula dari RMB 2499 (~RM1619) sebuah.

Sumber Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami