Google Play Store merupakan kedai aplikasi rasmi Google yang ditawarkan bersama pelbagai peranti Android dipasaran hari ini. Google sebelum ini tidak pernah berkongsi secara spesifik berkaitan pendapatan yang dijana melalui kedai aplikasi mereka, dan kini pertama kalinya berkongsi berkenaan dengan data berkenaan disebabkan oleh perbicaraan di mahkamah.
Menurut Google, mereka telah menjana pendapatan sebanyak $11.2 bilion (~RM46.98 bilion) pada tahun 2019 yang lepas.

Pendapatan ini adalah meliputi pendapatan jualan aplikasi, pembelian dalam aplikasi dan juga pengiklanan di Google Play Store.
Google kini melalui perbicaraan disebabkan oleh Epic Games, menyatakan Google menjana pendapatan yang sangat tinggi melalui kedai aplikasi mereka, dan mengambil 30% daripada jualan digital melalui platform mereka.
Namun, Google berhujah mengatakan terdapat alternatif untuk kedai aplikasi dan sistem pembayaran mereka, dan pengguna tidak terikat untuk menggunakan penawaran Google semata-mata.