Cari @ Amanz

Samsung pada bulan Ogos ini sedia memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka, dan semestinya satu lagi peranti yang dinantikan ramai untuk tahun ini adalah peranti edisi peminat, iaitu Samsung Galaxy S21 FE.

Samsung sendiri sedia berkongsi gambar promosi untuknya secara tidak sengaja sebelum ini, malah pelbagai info berkaitan dengan peranti berkenaan telah tertiris sebelum ini.

Terbaru, mengikut desas-desus, Samsung dijangka memperkenalkan telefon pintar Galaxy S21 FE pada 8 September 2021 kelak.

Ini bermakna, kita akan melihat Samsung memperkenalkan telefon pintar mereka lebih awal berbanding Apple iPhone 13.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Galaxy S21 FE dijangka hadir dengan cip Snapdragon 888, menggunakan skrin 120Hz, selain memori sehingga 8GB RAM.

Dengan info terbaru ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan telefon terbaru Samsung ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd