Carian
Kuo : iPhone 13 Akan Sokong Komunikasi Satelit LEO – Membolehkan Panggilan Dilakukan Jika Selular Tidak Dapat Dicapai
August 30, 2021 Aman

iPhone 12 pada hari ini sedia menyokong rangkaian 5G, dan menariknya kini desas-desus baharu hadir mengatakan iPhone 13 kelak akan menyokong komunikasi berasaskan satelit LEO.

iPhone 12 5G

Menurut penganalisa popular, Ming-Chi Kuo mengatakan iPhone 13 akan datang bakal menyertakan sokongan komunikasi satelit LEO. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna iPhone 13 untuk kekal berkomunikasi dikawasan luar sokongan rangkaian 4G atau 5G tanpa masalah.

Untuk makluman, satelit LEO adalah satelit berobit rendah (Low-Earth Orbit). Ia diperkatakan Apple akan menggunakan sebuah modem Qualcomm khusus yang diubah-suai untuk menjayakan komunikasi satelit ini.

Buat masa ini, ia sekadar spekulasi awal daripada penganalisa. Masih terdapat sejumlah persoalan berkaitan penawaran ini, dan terutamanya sama ada ia adalah percuma atau berbayar berdasarkan penggunaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan iPhone baharu ini pada September kelak untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran ciri-ciri baharu iPhone 13 ini.

Komen