Cari @ Amanz

AirAsia Ride Menawarkan Perjalanan Percuma Sempena Hari Merdeka

Link Copied!

AirAsia Ride ialah perkhidmatan seru-pandu terkini ditawarkan di Malaysia dengan gimik kesemua pemandu mereka telah menerima suntikan vaksinasi yang lengkap. Sempena Hari Merdeka, mereka kini menawarkan perjalanan ‘percuma’ kepada pelanggan bermula hari ini 30 Ogos hingga 1 September 2021.

Penawaran percuma terhad kepada 500 pelanggan pertama dengan tambang maksimum sehingga RM10 sahaja Ia juga hanya boleh digunakan sekali sahaja oleh setiap pelanggan. Pelanggan hanya perlu menggunakan kod FREERIDE semasa melakukan tempahan kenderaan untuk ke destinasi yang dipilih. Tempahan kenderaan AirAsia Ride boleh dilakukan menerusi aplikasi AirAsia Super App hari ini.


Komen ()