Cari @ Amanz

Realme GT Master Edition merupakan antara penawaran baharu daripada Realme di bawah edisi Master Edition. Seperti diketahui, koleksi peranti di bawah rangkaian tersebut sememangnya terkenal dengan kemasan yang menarik dan unik, di samping nilai estetika yang berbeza berbanding peranti-peranti Realme sedia ada.

Pada awalnya, ia dilancarkan di China sekitar bulan Mac lalu. Tidak lama kemudian, ia diumumkan untuk pasaran Global beberapa minggu yang lepas. Terkini, giliran pengguna di Malaysia pula menerima penawarannya yang dijadualkan tiba pada minggu ini. Menurut perkongsian Realme Malaysia, telefon pintar ini akan dilancarkan secara rasminya pada 1 September 2021.

Seiring dengan pembudayaan norma baharu ketika ini, acara pelancaran bakal berlangsung secara dalam talian bermula jam 12 tengah hari. Turut sama memeriahkan acara pelancaran kelak adalah beberapa artis tempatan seperti Joe Flizzow, Bunga dan Hullera. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya termasuklah penawaran harga rasmi peranti.

Realme GT Master Edition dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 778G, bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan 65W, sistem tri-kamera dengan sensor 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ulra-lebar) + 2-Megapixel (Makro) dan kamera hadapan pula adalah sebesar 32-Megapixel.

Sumber : Realme Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd