Cari @ Amanz

Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, dan juga penularan wabak Covid-19, Hari Kebangsaan 2021 kali ini akan disambut dengan menggunakan sejumlah integrasi teknologi.

Untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang akan diadakan esok, 31 Ogos 2021, ia akan menggunakan penerbitan dengan menggunakan realiti-gabungan – membolehkan sambutan menggunakan integrasi secara fizikal, dan juga melalui teknologi realiti-terimbuh (AR).

Dengan kaedah ini, selain integrasi teknologi, ia juga akan menawarkan pengalaman lebih baik kepada penonton berbentuk interaktif, dan seumpama berada di lokasi sambutan berkenaan sendiri.

Dalam menjayakannya, orang ramai boleh menonton sambutan Hari Kebangsaan secara maya melalui Facebook Live Merdeka360 pada pagi esok, dan nikmati sambutan Hari Kebangsaan 2021 dengan integrasi teknologi realiti gabungan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd