iQiyi kini meraikan Hari Kemerdekaan dengan menawarkan akses langganan VIP percuma kepada semua rakyat Malaysia, antara 30 Ogos sehingga 12 September 2021 kelak.

Disamping itu, bermula 6 September sehingga 12 September, iQiyi turut menawarkan diskaun 50% untuk langganan mereka, dimana langganan tiga bulan ditawarkan pada harga RM12.90, sementara langganan tahunan pada harga RM44.90.
Melalui langganan VIP, ia menawarkan akses kepada sejumlah kandungan tambahan, tiada paparan iklan, dan kebolehan strim pada resolusi 1080p.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran iQiyi hari ini, dan menikmati akses premium ini secara percuma untuk tempoh terhad ini.