Cari @ Amanz

9 Peranti Pintar HUAWEI Yang Boleh Anda Beli Dengan Diskaun Hingga 75%

Link Copied!

Bulan September kini membuka tirainya dengan pelbagai penawaran promosi yang menarik buat para pengguna. Boleh dikatakan di mana mana sekarang ada sahaja promosi yang dapat dilihat. Tidak kisah sama secara ada dalam talian mahupun luar talian, yang penting kesemuanya menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan!

Sama seperti apa yang kami mahu kongsikan dalam artikel kali ini! Di mana, ini adalah penawaran yang cukup menarik, berbaloi dan paling penting tidak koyak poket. Khususnya, buat anda yang sedang berkira-kira mahu menukar beberapa gajet-gajet sedia ada. Atau mungkin yang gajet yang sudah usang serta tidak sesuai dengan perkembangan sesama.

Jadi, apa yang kita ada di sini? Sudah tentulah, tawaran menarik daripada HUAWEI Malaysia. Tahukah anda, mereka kini sedang menganjurkan promosi istimewa, HUAWEI September Fiesta dengan menawarkan 90 peratus potongan harga bagi produk terpilih bermula hari ini. 

Promosi ini meliputi seleksi produk menarik dalam beberapa segmen berbeza seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan banyak lagi. Ingin tahu lebih lanjut mengenainya? Mari kita lihat satu persatu penawaran yang dibawa oleh HUAWEI menerusi promosi ini.

Beli Dari Shopee 9 Sep : HUAWEI September Fiesta
Beli Dari Lazada 9 – 11 Sep : HUAWEI September Fiesta
Beli Dari HUAWEI Online Store 9 Sep : HUAWEI September Fiesta

Tablet Berkuasa & Mampu Milik 

Bagi anda yang mencari tablet serba boleh untuk pelbagai kegunaan umum, HUAWEI MatePad T10 kini dijual dengan harga lebih murah daripada sepatutnya. Melaluinya, ia boleh didapati pada hanya RM499 berbanding harga asal RM799. Ini bermakna anda boleh berjimat sehingga RM300 untuk pembelian tablet dengan skrin berukuran 9.7-inci tersebut. 

Tetapi, jika mahukan pilihan yang lebih besar, anda boleh memilih HUAWEI MatePad 10.4-inci LTE. Walaupun ia dilengkapi saiz skrin yang besar, tidak bermakna penawaran harga juga ‘besar’. Sebaliknya, anda juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM300 dengan memilikinya pada harga RM1,099 sahaja.

Menarik bukan? Tidak perlu bayar lebih, anda boleh menikmati pengalaman penggunaan yang baik dengan kedua-dua tablet berkenaan. Tambahan pula, kita telah menyaksikan bahawa bekerja dan belajar daripada rumah adalah norma baharu yang perlu diteruskan. Sudah tentu ramai diantara kita yang tercari-cari tablet berkualiti yang mampu memenuhi keperluan profesional, hiburan dan pembelajaran anak-anak di musim pandemik ini.

Kedua-duanya tablet mempunyai saiz cukup besar yang boleh dikatakan mencukupi mencukupi untuk memaparkan pelbagai kandungan – ini termasuklah kesemua pihak yang terlibat dalam sesebuah sesi telesidang. Selain itu, ia juga seimbang dari sudut prestasi di mana mampu untuk memenuhi penggunaan harian.

Kedua-duanya turut menawarkan spesifikasi asas yang seimbang. Di mana, HUAWEI MatePad T10 dilengkapi skrin 9.7-inci, dijana cip Kirin 710A, memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri 5,100mAh. Manakala, HUAWEI MatePad 10.4-inci pula menyertakan skrin 10.4-inci LTE, cip Kirin 810, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB, bateri 7,250mAh dan empat speaker yang dioptimasikan Harman Kardon.

Tidak kira apa juga yang anda lakukan dengan tablet-tablet ini, ia sememangnya mampu sahaja berfungsi dengan baik sekali. Nikmat apa lagi yang mahu anda persoalkan? Sudahlah harga memang murah ada pula diskaun, ditambah lagi prestasi yang baik semestinya wajib dapatkan satu! Rugi kalau terlepas peluang keemasan ini.


Komputer Riba Juga Ada Diskaun

Seandainya mahu komputer riba pula, jangan risau! Anda juga boleh menikmatan penjimatan berganda sehingga RM400. Ia berikutan, HUAWEI juga tidak ketinggalan menawarkan promosi harga runtuh untuk dua komputer riba mereka – iaitu HUAWEI MateBook D14 (i3) danHUAWEI MateBook 13 (i7). 

Melaluinya, HUAWEI MateBook D14 (i3) kini hanya berharga RM2,299. Manakala, HUAWEI MateBook 13 (i7) pula boleh dibeli pada RM3,999 dan hanya boleh didapati di Lazada HUAWEI Flagship Store. Lebih menariknya lagi, setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah-hadiah percuma yang menarik berupa beg galas eksklusif dan juga tetikus.

Seperti yang kita tahu, HUAWEI cukup terkenal dengan penawaran komputer riba yang mempunyai saiz seimbang bersama spesifikasi memuaskan untuk tujuan produktiviti. Kedua-dua komputer riba berkenaan juga tidak terkecuali. Di mana, anda boleh sahaja mengharapkan pengalaman penggunaan yang lancar tanpa masalah.

Untuk spesifikasi ringkas, HUAWEI MateBook D14 (i3) dilengkapi skrin sebesar 14-inci (1920 x 1080 piksel), dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i3-10110U, cip grafik Intel UHD Graphics 620, memori 8 GB DDR4, storan 256 GB PCIe SSD dan bateri 56 Wh. Sementara itu, HUAWEI MateBook 13 (i7) pula membawakan skrin 13-inci (2160 x 1440 piksel), dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i710510U, cip grafik NVIDIA GeForce MX250, memori 16GB LPDDR3, storan 512 GB PCIe SSDdan bateri 47.1Wh.

Bukan itu sahaja, privasi juga lebih terjaga dengan kedua-dua komputer riba aini. Mengapa? Ini disebabkan oleh kawalan sekuriti lebih baik dengan penggunaan kamera tersembunyi di dalam butang pada papan kekunci. Justeru, anda tidak perlu lagi bersusah payah menampal pelekat pada kamera untuk kekal selamat.

Seterusnya, pengimbas cap jari yang terbuna pada butang kuasa juga kelihatan hebat. Lebih menariknya, ia sememangnya bantu anda menjimatkan masa berbanding menaip kata laluan secara manual. Dengan satu sentuhah, kini komputer tiba anda boleh dinyahkunci tanpa mengambil masa yang lama. Boleh dikatakan, tidak banyak jenama yang menawarkan sokongan menarik sebegini, Ternyata HUAWEI begitu menitik beratkan hal berkaitan kepuasan pengalaman pengguna


Aksesori Kesihatan Lebih Mampu Milik

Tawaran menarik oleh HUAWEI bagaimanapun tidak habis disitu sahaja. Sebaliknya, ia ditambah lagi dengan tawaran harga murah untuk aksesori boleh pakai mereka! Ini termasuklah HUAWEI Watch GT 2, HUAWEI Watch GT 2e dan HUAWEI Band 6.  

Adakah anda teruja untuk mencuba salah satu daripadanya? Anda perlu rebut peluang keemasan ini! Di mana, kesemua model peranti boleh pakai HUAWEI yang disenaraikan turut menerima potongan harga lebih jimat dan berbaloi! Anda boleh membeli HUAWEI Band 6 pada RM189, HUAWEI Watch GT 2e dengan harga RM399 dan HUAWEI Watch GT 2 42mm Gold pula bernilai RM559!

Boleh dikatakan kesemua peranti boleh pakai HUAWEI tersenarai bukan sahaja mampu memantau aspek kesihatan. Sebaliknya turut mempunyai banyak fungsi yang mampu memenuhi keperluan dalam senario berbeza. Antara ciri menarik yang menyerlahkan ketiga-tiganya adalah mod sukan yang pelbagai, sensor khusus untuk pemantauan kesihatan dan sejumlah lagi fungsi yang bantu memudahkan urusan harian.

Tambahan pula, krisis penularan Covid-19 yang masih belum reda. Ramai pihak disarankan untuk sentiasa memantau tahap kesihatan masing-masing secara kerap – terutamanya kadar oksigen dalam darah. Tahukah anda, peranti boleh pakai HUAWEI mempunyai sensor SpO2 secara terbina?

Melaluinya, secara tidak langsung ia akan lebih memudahkan kita sebagai pengguna untuk memantau tahap kesihatan dan jikalau berlakunya sebarang perkara tidak normal. Maka, boleh terus mendapatkan rawatan dengan kadar segera. Pada masa sama, ia turut menjimatkan kos. Misalnya, anda tidak perlu keluar duit tambahan untuk mendapatkan alat perubatan yang mungkin agak mahal bagi sesetengah orang. 


Harga Runtuh Untuk Telefon & Fon Telinga

HUAWEI juga tidak ketinggalan untuk menawarkan promosi harga istimewa untuk dua model telefon pintar dan fon telinga nirwayar keluarannya. Produk-produk tersebut adalah HUAWEI FreeBuds 4i yang dijual pada RM249. Sementara itu, HUAWEI Nova 7i serta HUAWEI P40 Pro pula masing-masing berharga RM799 dan RM2,899 sahaja! Ketiga-tiganya juga merupakan produk yang menarik daripada HUAWEI. Malahan, turut sama menjadi pilihan ramai pengguna sehingga ke hari ini.

Tidak dinafikan, ramai diantara kita yang kini lebih selesa dengan penggunaan fon telinga jenis nirwayar. Almaklumlah, ia lebih memudahkan kerana pengguna tidak berhadapan dengan masalah wayar berselirat yang menjengkelkan. Anda hanya perlu sambungkan, kemudian ia akan berfungsi seperti biasa. Jadim inilah masa sesuai untuk anda memiliki HUAWEI FreeBuds 4i. Promosi harga murah ini sememangya berbaloi. Sebabnya, anda bukan sahaja boleh berjimat semata-mata. Tetapi, ia juga mempunyai pelbagai ciri dan fungsi menarik yang dapat beri manfaat kepada pengguna itu sendiri.

Antaranya seperti fungsi pembatalan hingar aktif. Dalam keadaan bekerja daripada rumah yang kian mencabar, tentunya sukar untuk kita mencari suasana yang tenang. Dengan bunyi bising seperti gangguan daripada anak, jiran tetangga dan lain-lain.  Dengan Huawei Freebuds 4i, kesemua permasalahan berikut boleh dielakkan. Malah, ia juga bersesuaian buat kami gamers yang selalu mahu mendapat ‘chicken dinner’ di dalam PUBG. Bukan itu sahaja, ketahanan bateri sehingga 10 jam juga memberikan masa penggunaan yang panjang tanpa risau isu kehabisan bateri. Rekanaanya juga adalah mesra pengguna yang sesuai untuk digayakan pada setiap masa, waktu & tempat.


Berikut adalah ringkasan untuk promosi istimewa bersempena dengan Huawei September Fiesta:

Jenis Produk Harga Promosi Harga PasaranHadiah
HUAWEI
Band 6
RM189RM219
HUAWEI
FreeBuds 4i
RM249RM379
HUAWEI
Watch GT 2e
RM399RM449
HUAWEI Watch GT 2RM559RM899Botol Ekslusif
HUAWEI
Nova 7i
RM799RM899
HUAWEI
MatePad T10
RM499RM799
HUAWEI
MatePad 10.4-
inci
(4GB+64GB)
RM1,099RM1,399
HUAWEI
MateBook
D14 (i3)
RM2,299RM2,699Beg (bernilai RM199)
HUAWEI P40
Pro
RM2,899RM3,899
HUAWEI
MateBook 13
(i7)
RM3,999RM4,999Beg + tetikus (bernilai
RM388)

Anda sudah melihat sendiri kesemua tawaran menarik yang ada bukan? Harga yang ditawarkan benar-benar memberi pulangan nilai wang menarik buat pengguna! Jadi, bagaimana? Tidak perlu buang masa dan segera bertindak untuk merebut peluang keemasan ini. Cepat sebelum terlambat! Jangan lupa untuk menguar-uarkan bersama insan terdekat! Barulah boleh sama-sama menikmatinya dengan penuh rasa kegembiraan! Maklumat lanjut layari pautan di bawah. 

Info Lanjut : HUAWEI September Fiesta
Beli Dari Shopee 9 Sep : HUAWEI September Fiesta
Beli Dari Lazada 9 – 11 Sep : HUAWEI September Fiesta
Beli Dari HUAWEI Online Store 9 Sep : HUAWEI September Fiesta

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia


Komen ()