Carian
Apple Watch Series 7 Dijangka Hadir Dengan Skrin Lebih Besar
August 30, 2021 Aman

Apple dijangka memperkenalkan iPhone baharu pada bulan September ini. Bersama-sama dengannya juga, Apple kebiasaannya memperkenalkan jam tangan pintar generasi baharu mereka.

Untuk tahun ini, Apple dijangka memperkenalkan Apple Watch Series 7. Ia dijangka akan menawarkan sejumlah pembaharuan – dan yang paling utama, ialah ia dijangka hadir dengan rekaa skrin lebih besar.

Menurut laporan yang hadir hari ini, Apple dijangka memperkenalkan Apple Watch Series 7 dengan kerangka 41mm dan juga 45mm – berbanding penawaran hari ini, 40m dan 44mm.

Jam tangan pintar ini juga dijangka hadir dengan skrin besar untuk melengkapkan penambahan saiz kerangka, dan bersama-sama dengannya Apple dijangka mengumumkan beberapa pembaharuan.

Salah satunya juga adalah rekaan muka jam baharu yang dioptimasikan untuk skrin bersaiz besar.

Disamping itu, kita juga mungkin melihat pengenalan cip pemprosesan baharu, selain beberapa pembaharuan menarik pada jam tangan pintar Apple ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Apple dalam hanya beberapa minggu lagi.

Komen