Carian
Apple Mengambil-Alih Khidmat Penstriman Muzik Klasik, Primephonic
August 31, 2021 Aman

Apple hari ini mengumumkan mereka telah mengambil-alih Primephonic, sebuah perkhidmatan penstriman muzik yang memfokuskan kepada muzik-muzik klasik.

Primephonic sedia terkenal dengan ciri audio berkualiti tinggi, kemudahan pencarian dan penemuan muzik klasik, dan juga pelbagai cadangan daripada pakar-pakar muzik klasik.

Apple mengatakan dengan penambahan ini, pengguna Apple Music akan dapat menikmati pengalaman muzik klasik yang lebih baik lagi.

Peminat untuk Apple Music Classical juga dijangka akan dapat menikmati ciri carian dan penemuan yang lebih baik tidak lama lagi.

Dengan pengambil-alihan ini, Primephonic tidak lagi ditawarkan kepada pelanggan baharu. Apple Music juga bakal melancarkan sebuah aplikasi khusus untuk muzik klasik pada tahun hadapan.

Pelanggan Primephonic sedia ada akan menikmati langganan Apple Music selama 6 bulan secara percuma.

Komen