iQiyi merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular dengan penawaran kandungan dari Asia, terutamanya dari China, Korea dan juga anime Jepun, selain penawaran kandungan berbahasa Malaysia.
Sejak diperkenalkan, pengguna iQiyi dilihat memperlihatkan peningkatan positif – terutamanya ketika PKP sejak setahun kebelakangan ini.

Berkongsi berkenaan perkembangan semasa, iQiyi mengatakan kini pengguna Malaysia menghabiskan masa sekitar 80 minit sehari secara purata.
Dari segi masa tontonan pula, waktu paling popular adalah ketika makan tengah hari antara 12 tengah hari ke 3 petang, dan juga ketika waktu malam, antara pukul 7 malam ke 10 malam.
Terbaru, selari dengan hari Kebangsaan, pihak iQiyi menawarkan akses VIP secara percuma untuk waktu terhad – membolehkan orang ramai mencuba dan melihat sendiri apakah yang ditawarkan oleh platform berkenaan.