AIA merupakan salah satu syarikat yang sedia terkenal dengan penawaran insuran mereka, dan mempunyai penawaran di sejumlah pasaran. Kini, ia dilihat AIA turut memperluaskan penawaran mereka memfokuskan digital, dan telah membuat pelaburan strategik pada TNG Digital.
Dengan langkah ini, AIA turut mempunyai pegangan pada dompet digital Touch ’n Go eWallet yang kini mempunyai lebih 16 juta pengguna di seluruh Malaysia.

AIA juga dijangka akan mula menawarkan insurans digital yang diperibadikan kepada pengguna, selain sejumlah penyelesaian menarik kepada pengguna dompet digital berkenaan.
TNG Digital dilaporkan telah mengumpulkan suntikan dana pelaburan baru sebanyak RM311.78 juta daripada pihak AIA dan juga Bow Wave Capital Management.
Dengan pelaburan baharu ini, kini pegangan CIMB pada TNG Digital telah berkurangan daripada 51% kepada 47%.