Cari @ Amanz

Xiaomi dijangka memperkenalkan telefon mercu mereka terbaru tidak lama lagi, iaitu Xiaomi 12. Ia dijangka akan menggantikan Mi 11 pada tahun lepas, dan akan menjadi antara peranti terawal yang menggunakan penjenamaan Xiaomi menggantikan Mi.

Mengikut info tertiris baharu, Xiaomi 12 dikatakan akan menggunakan gabungan sebanyak tiga sensor 50-megapixel dibahagian belakang. Sensor ini akan meliputi sensor rakaman untuk kamera belakang utama, kamera ultra-lebar dan juga kamera telefoto.

Dengan penggunaan sensor yang lebih kurang sama, ia dijangka akan menawarkan hasil rakaman lebih baik – selain turut dioptimasikan melalui penggunaan cip untuk memproses gambar, serta spesifikasi yang tinggi pada peranti berkenaan.

Bersama-sama dengan pengenalan Xiaomi 12 ini, pihak Xiaomi juga dijangka memperkenalkan Xiaomi 12 Ultra dengan sensor kamera sebesar 200-megapixel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd