Cari @ Amanz

Samsung kini mmenawarkan sebuah aplikasi “Walkie-Talkie” untuk pengguna jam tangan pintar Galaxy Watch 4 mereka, sekaligus membolehkan pengguna berkomunikasi dengan rakan-rakan pengguna Galaxy Watch 4, tanpa perlu melakukan sebarang panggilan suara.

Untuk makluman, ciri seumpama ini sedia ditawarkan pada Apple Watch.

Dengan langkah ini, anda boleh melakukan komunikasi pantas dengan rakan-rakan tanpa perlu membuat panggilan penuh. Mesej suara yang diterima oleh rakan atau ahli keluarga berkenaan turut boleh dibalas terus, sekaligus memudahkan komunikasi.

Untuk makluman, ciri ini hanya disokong antara pengguna Galaxy Watch sahaja buat masa ini, dan mungkin membuatkan ciri ini agak kurang digunakan pada peringkat permulaan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd