Carian
Windows 11 Akan Ditawarkan Bermula 5 Oktober 2021
August 31, 2021 Aman

Microsoft hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan Windows 11 kepada umum bermula 5 Oktober 2021 kelak.

Untuk permulaan, Windows 11 akan ditawarkan sebagai kemaskini percuma untuk komputer Windows 10 yang  baharu dibeli, yang hadir dengan Windows 11 yang telah dipra-muatkan.

Selepas itu, Microsoft akan mula memperkenalkan kemaskini ini secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang, dan menyasarkan semua peranti yang menyokongnya, menerima Windows 11 menjelang pertengahan 2022 kelak.

Bagi pengguna Windows 10 sedia ada, sekiranya peranti anda menyokongnya, anda akan menerima notifikasi melalui Windows Update apabila kemaskini tersedia untuk anda.

Komen