Konsol LeapFrog LeapLand Adventures Dihasilkan Khusus Untuk Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Sep 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada usia berapakah anda mula menjadi seorang gamer? Saya mula berjinak-jinak dengan permainan video pada usia enam tahun apabila ayah pulang dari Jepun dengan dua game and watch. Sejak dari hari itu permainan video menjadi hiburan yang konsisten sehingga sekarang. Tetapi dengan ibu bapa kini juga gamer, ramai tidak mahu berkongsi konsol mereka atau merasakan permainan yang ditawarkan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

LeapFrog LeapLand Adventures TV Video Game ialah konsol yang direka khusus untuk kanak-kanak bawah usia 8 tahun. Ia menawarkan permainan yang sebenarnya mengajar mereka tentang huruf, matematik, warna dan bentuk. Sebuah alat kawalan diberikan untuk memainkan permainan yang disertakan. ‘Konsol’ ini sebenarnya hadir dalam bentuk dongal yang dipasang terus pada port HDMI dan tidak memerlukan kuasa tambahan, internet atau memuat turun permainan baru untuk beroperasi. Ia ditawarkan pada harga $35 (~RM145) sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami