Carian
Realme GT Master Edition Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM1399
September 1, 2021 Amy Maizuraa

Selepas diumumkan untuk pasaran China dan Global, kini giliran pengguna di Malaysia menerima penawaran Realme GT Master Edition. Ia telah dilancarkan secara rasmi dalam sebuah acara pelancaran yang diadakan secara dalam talian, sebentar tadi.

Seperti pendahulunya, Realme GT Master Edition turut sama menampilkan tekstur dan kemasan yang unik. Bukan itu sahaja, ia juga masih mendapat sentuhan eksklusif pereka Jepun terkenal, Nauto Fukusawa untuk edisi Master Edition. Bagi yang berminat, ia dijual dengan tanda harga bermula RM1,499 untuk varian 8GB/128GB. Manakala Realme GT Master Edition dengan varian 8GB/256GB pula berharga RM1,699.

Terdapat dua pilihan warna yang tersedia seperti Voyager Gray dan Daybreak Blue. Jualan pertama bermula pada 9 September 2021 menerusi Lazada. Menariknya di sini, anda boleh memiliki dengan harga lebih rendah iaitu RM1,399 berbanding sepatutnya. Namun bagitu, promosi adalah masa terhad pada jualan pertama sahaja.

Realme GT Master Edition dilengkapi skrin berukuran 6.43-inci Samsung AMOLED FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 778G bersama memori 8GB RAM (dengan tambahan 5GB RAM), storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan 65W SuperDart.

Turut melengkapinya, sistem tri-kamera dengan tetapan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ulra-lebar) + 2-Megapixel (Makro). Kameranya juga menyokong sejumlah fungsi menarik seperti DIS Snapshot, Instant Focus dan Film Simulation Color dengan pilihan pelbagai penuras baharu. Kamera hadapan pula adalah sebesar 32-Megapixel bertujuan untuk tangkapan gambar swafoto mahupun panggilan video.

Komen