J&T Express merupakan salah satu syarikat penghantaran dan logistik yang tidak asing untuk pengguna tempatan. Ia sedia digunakan ramai, terutamanya melalui platform seperti Shopee untuk menghantar barangan kepada pengguna pada harga kompetitif berbanding perkhidmatan lain.

Terbaru, ia dilaporkan J&T Express kini sedang melihat kepada suntikan dana baharu dalam terus memperluaskan penawaran perkhidmatan mereka. Ia diperkatakan J&T Express kini sedang berbincang dengan pihak Tencent dalam mendapatkan suntikan dana sehingga $1 bilion (iaitu sekitar RM4.14 bilion ikut kadar mata wang semasa).
Dengan ini, ia turut menilaikan syarikat J&T Express sekitar $20 bilion (~RM82.9 bilion).
Pelbagai perkhidmatan edagang menggunakan J&T Express untuk tujuan penghantaran, dan salah satu yang popular adalah Shopee – yang turut mempunyai pelaburan daripada pihak Tencent.
Dengan sunntikan dana pelaburan baharu ini, J&T Express turut menyasarkan untuk memperluaskan penawaran ke negara-negara lain – terutamanya Timur Tengah dan Amerika Latin.