MediaTek merupakan salah satu pengeluar cipset yang sedia terkenal, dan sering ditawarkan bersama peranti berspesifikasi pertengahan. Malah, sejak kebelakangan ini, mereka turut memfokuskan penawaran cip berkuasa tinggi mereka yang hadir bersama beberapa peranti baharu.
Melalui data terbaru yang dikeluarkan, ia dilihat MediaTek kini terus memperkukuhkan pegangan pasaran, dan mempunyai pegangan sekitar 38% pasaran pada suku kedua 2021, mendahului Qualcomm dengan pegangan sebanyak 32%.

Mengikut data, MediaTek telah menerajui pasaran cipset da mengatasi Qualcomm sejak suku ketiga 2020 yang lepas, dan terus memperkukuhkan kedudukan sejak daripada itu.
Dalam pelbagai pengeluar, antara yang kehilangan pegangan yang banyak adalah Huawei dengan HiSilicon mereka.