(Ura-ura) Samsung Galaxy A13 5G Dilaporkan Dalam Pembangunan – Harga Mungkin Bawah RM1000

Diterbitkan pada Sep 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung sedia hadir dengan penawaran Samsung Galaxy A12 sekitar bulan November lalu. Ia kemudiannya dibawa masuk ke pasaran Malaysia sekitar Januari 2021 dan harganya kini dikemaskini menjadi RM699. Namun begitu, peranti ini masih boleh didapati dengan tawaran harga lebih murah menerusi Program Jaringan Prihatin oleh Digi dan Samsung.

Dalam perkembangan terkini, nampaknya kita akan melihat pengganti untuk model berkenaan yang dijangka tiba tidak lama lagi. Ia berikutan tularnya laporan yang mendakwa Samsung Galaxy A13 kini dalam pembangunan. Buat masa ini, masih tidak banyak yang diketahui tentang peranti ini. Peranti ini muncul dengan nombor model SM-A136B.

Ia juga kelak dipercayai menjadi telefon pintar 5G daripada Samsung yang lebih berpatutan. Dakwaan awal menyasarkan ia besar kemungkinan dijual dengan julat harga di bawah €200 (~RM978). Seterusnya, ia juga dipercayai bakal membuat kemunculan rasminya sebelum berakhir tahun 2021.

Buat sama ini, kita boleh menganggap ketirisan ini sebagai ura-ura terlebih dahulu. Malahan, pihak Samsung sendiri masih belum berkongsi sebarang informasi mengenainya lagi.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami