Carsome Kini Bernilai Melangkaui RM5.39 Bilion – Syarikat Teknologi Unikorn Terbesar Malaysia

Diterbitkan pada Sep 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Carsome, salah satu syarikat yang terkenal dengan jual-beli kenderaan, kini mengumumkan mereka telah menerima suntikan dana baharu berjumlah $200 juta (RM829 juta), sekaligus membawa kepada nilai syarikat berkenaan mencapai $1.3 bilion, iaitu RM5.39 bilion.

Dengan suntikan dana terbaharu ini, ia sekaligus memposisikan Carsome sebagai syarikat unikorn teknologi terbesar di Malaysia.

Suntikan dana ini akan membolehkan Carsome terus memperkukuhkan kedudukan mereka, selain terus memperluaskan perniagaan mereka, termasuk membuka Carsome Experience Center baru di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Pada masa yang sama, ia juga akan membolehkan Carsome memberikan penawaran khidmat kewangan untuk pembeli kenderaan, dan juga penjual kereta terpakai.

Pada hari ini, Carsome melakukan transaksi melibatkan lebih 100,000 kenderaan setiap tahun, yang membawa kepada pendapatan melangkaui $1 bilion setiap tahun.

Layari : Carsome

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami