Disney+ Hotstar kini genap tiga bulan sejak diperkenalkan, dan semestinya ramai yang mungkin ingin memperbaharui langganan mereka. Namun, salah satu perubahan pada bahagian langganan kini adalah dimana ia tidak lagi menyokong pembayaran menggunakan perbankan atas-talian atau FPX.
Semakan mendapati Disney+ Hotstar telah membuangnya sejak 17 Ogos 2021 lepas.

Disney+ Hotstar mengatakan perbankan atas-talian tidak memberikan pengalaman yang baik, terutamanya ketika perlu memperbaharui langganan dan sebagainya.
Dengan perubahan ini, kini Disney+ Hotstar hanya menyokong kaedah pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit dan juga melalui Apple AppStore.