Cari @ Amanz

Coocaa Melancarkan Coolita OS – Sistem Operasi Televisyen Pintar Terbaru

Link Copied!

Coocaa ialah jenama televisyen pintar yang mula ditawarkan di Malaysia sejak 2019. Ia mungkin masih tidak dikenali ramai tetapi mempunyai pengikut di kalangan pengguna yang mencari televisyen pintar Android TV yang dijual pada harga yang lebih mampu milik. Hari ini Coocaa melancarkan sistem operasi mereka tersendiri yang diberi nama Coolita OS.

Coolita OS 1.0 adalah sistem operasi yang berasaskan Web OS dengan kernel Linux. Ia menjanjikan sistem operasi yang lebih ringan, pantas dan mudah digunakan oleh pengguna. Terdapat aplikasi terbina seperti YouTube dan CC Plus yang menyokong beberapa platform penstriman popular. Aplikasi CC Cast pula membolehkan peranti Android menyiarkan kandungan pada televisyen pintar. Selain itu Coolita OS 1.0 juga hadir dengan ciri penjimatan data bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan Internet berkuota.

Televisyen pertama menggunakan Coolita OS 1.0 ialah Coocaa S3U dengan skrin 32″ DLED beresolusi 1366×768 pixel. Sistem audio yang digunakan pula terdiri dari sepasang speaker 10W dan sokongan Dolby Audio. Televisyen ini akan dipasarkan di beberapa negara Asia Tengggara terlebih dahulu pada harga $199 (~RM826) sebuah.


Komen ()