Carian
McDonald’s Tawar Pulangan Tunai RM5 Untuk Pembayaran Melalui Boost
September 1, 2021 Aman

McDonald’s kini hadir dengan promosi terhad bulan September 2021, menawarkan pulangan tunai ke dompet digital Boost apabila melakukan pembayaran menggunakan dompet digital Boost.

Untuk mendapatkannya, pengguna perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM25 untuk pembelian di kedai McDonald’s, Pandu-Lalu atau tempahan McDelivery, dan akan menerima pulangan tunai sebanyak RM5.

Pulangan tunai ini boleh ditebus hanya sekali sahaja oleh seorang pengguna. Pulangan tunai ini akan dikreditkan terus ke McDonald’s Wallet dalam aplikasi Boost selepas melakukan transaksi berjaya.

Komen