Carian
Samsung Dijangka Memperkenalkan Sensor Kamera 200MP Esok
September 1, 2021 Aman

Samsung mempunyai bahagian pengeluaran komponen mereka tersendiri, termasuk sensor kamera. Bercakap mengenainya, kini hadir desas-desus, mengatakan Samsung akan memperkenalkan sensor kamera sebesar 200-megapixel pada hari ini.

Ia diperkatakan Samsung akan memperkenalkan dua sensor kamera, satu adalah ISOCELL GN5 dengan sensor beresolusi 50-megapixel, selain ISOCELL HP1 yang dijangka hadir dengan resolusi sebesar 200-megapixel.

Penawaran ini sekaligus akan menjadikannya antara sensor kamera pada resolusi besar – dan akan digunakan pada telefon pintar baharu pada suku tahun akan datang.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Xiaomi dijangka akan menjadi antara yang terawal menggunakan kamera beresolusi 200-megapixel pada telefon pintar mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita menantikan pengenalan sensor kamera baharu oleh Samsung ini.

Komen