Carian
Microsoft Bakal Memperkenalkan Peranti Surface Baru Pada 22 September
September 2, 2021 Aman

Microsoft kini menjadualkan tarikh 22 September ini untuk memperkenalkan peranti baharu mereka dibawah keluarga Surface.

Buat masa ini, Microsoft tidak menyatakan apakah peranti Surface yang bakal diperkenalkan, tetapi gambar acah yang diterbitkan memperlihatkan mereka akan memperkenalkan Surface Pro baharu.

Selain itu, sebelum ini kita turut telah mendengar beberapa desas-desus berkaitan Surface Duo 2 yang mungkin diperkenalkan oleh Microsoft. Namun, tidak diketahui sama ada gergasi perkomputeran ini akan memperkenalkan peranti berkenaan pada acara tersebut.


Sama-sama kita nantikan penghujung bulan ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan pihak Microsoft melalui Surface baharu.

Komen