Realme Mengacah Pengenalan Tablet Dengan Menekankan Kepada Rekaan Yang Nipis

Diterbitkan pada Sep 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pembangunan tablet oleh Realme bukanlah suatu rahsia lagi. Kita sedia mendengarnya beberapa kali sebelum ini, termasuk info terbaru mengatakan ia bakal dijana cip MediaTek.

Kini, pihak Realme sendiri dilihat hadir dengan gambar acah awal untuk tablet berkenaan, mengatakan Realme bakal memperkenalkan tablet tidak lama lagi.

Melalui gambar acah yang dikongsikan, Realme menekankan kepada ciri tablet berkenaan yang “Slim” atau nipis.

Dengan tablet yang nipis, pihak Realme memperlihatkan ia akan memudahkan pengguna untuk membawanya ketika bertugas atau menikmati kandungan menggunakannya. Memegangnya untuk tempoh masa lama juga dikatakan tidak bermasalah dengan rekaan nipis.

Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran diberikan. Namun, memandangkan Realme telah mula mengacah ia, maka kita mungkin melihatnya diperkenalkan dalam bulan September ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami