Carian
iPhone dan Apple Watch Kini Boleh Menyimpan Maklumat Lesen Memandu di A.S
September 2, 2021 Effi Saharudin

iPhone dan Apple Watch telah digunakan di Amerika Syarikat sebagai kad pengenalan pelajar dan bukti vaksinasi Covid-19. Kini sokongan ditambah pula untuk memaparkan pula kad pengenalan negeri serta lesen memandu di negeri Arizona dan Georgia sebelum dikembangkan pula ke Connecticut, Iowa, Kentucky, Maryland, Oklahoma, dan Utah.

Kesemua maklumat kad pengenalan negeri dan lesen memandu sekali lagi dipaparkan di dalam aplikasi Apple Wallet. Maklumat yang disimpan diterima pakai oleh pihak TSA sebagai bukti pengenalan diri untuk melakukan perjalanan udara di beberapa lapangan terbang terpilih.

Selepas kad pengenalan atau lesen memandu dimasukkan ke dalam Apple Wallet, maklumat akan disahkan terlebih dahulu oleh negeri yang mengeluarkan kad tersebut. Pengguna perlu memberikan bukti dalam bentuk gambar yang diambil dari peranti. Selain itu untuk mengakses maklumat, pengguna perlu mengesahkan identiti menggunakan Face ID atau Touch ID terlebih dahulu. Senarai maklumat yang akan dipaparkan juga disenaraikan bagi mereka yang mementingkan privasi. Akhir sekali Apple Wallet melepasi piawaian ISO 18013-5 mDL khusus untuk penyimpanan data identiti diri bagi memastikan ia sentiasa selamat.

Komen