Carian
Bangkok Airways Mengesahkan 200GB Data Pelanggan Tertiris Ke Arena Web
September 2, 2021 Effi Saharudin

Bangkok Airways mengesahkan 200GB data pelanggan mereka telahpun tertiris ke arena web selepas menjadi mangsa serangan perisian hasad LockBit pada penghujung Ogos lalu. Data yang tertiris adalah dalam bentuk nama penuh, kewarganegaraan, jantina, nombor telefon, emel, alamat, maklumat pasport, sejarah perjalanan, sebahagian maklumat kad kredit dan maklumat mengenai menu makanan yang dipesan.

Bangkok Airways menasihatkan pelanggan bahawa pihak ketiga mungkin akan menggunakan maklumat yang tertiris ini untuk melakukan penipuan atas talian dengan menyamar sebagai wakil syarikat. Data yang tertiris ini adalah sebahagian daripada data sebesar 6TB yang didakwa berjaya dicuri oleh penggodam LockBit dari sistem perkomputeran milik Accenture.

Menerusi orang dalam, maklumat berjaya diakses menerusi sebuah lapangan terbang yang tidak didedahkan sebelum data dikunci oleh mereka. LockBit meminta bayaran $50 juta untuk menyahkunci data yang telah dijadikan tebusan. Sebelum maklumat dari Bangkok Airways, penggodam telah meniriskan maklumat penumpangan syarikat penebangan Ethiopian.

Sumber Bleeping Computer

Komen