Pengasas Shopee Kini Adalah Manusia Terkaya Di Singapura

Diterbitkan pada Sep 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sea Ltd merupakan syarikat disebalik Shopee dan Garena, memperlihatkan peningkatan saham yang positif dari hari ke hari. Selari dengannya, pengasas sebaliknya, iaitu Forest Li, kini telah menjadi manusia yang paling kaya di Singapura.

Forest Li Xiaodong, telah lahir pada 1977 di China, dan kemudiannya berpindah ke Singapura. Mengikut data terkini, Li dikatakan mempunyai kekayaan bernilai $19.8 bilion.

Seperti ramai sedia maklum, Sea Ltd merupakan syarikat teknologi yang paling bernilai di rantau Asia Tenggara hari ini, dan memperlihatkan peningkatan harga saham yang tinggi – sekaligus membawa kepada nilai kekayaan yang tinggi untuk pengasasnya.

Shopee sendiri kini menerajui arena edagang, selain mereka turut mempunyai SeaMoney untuk tujuan kewangan digital, selain Garena yang meliputi penawaran permainan.

Di Malaysia sendiri, Shopee kini dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan Shopee Food, selain turut memfokuskan kepada penawaran ShopeePay.

Dengan perkembangan positif ini, tidak mustahil kita melihat nilai kekayaan Forest Li ini terus meningkat dari hari ke hari.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami