Cari @ Amanz

Sebanyak 67% Penduduk Dunia Kini Mempunyai Akses Kepada Telefon Mudah Alih

Link Copied!

Penggunaan telefon pintar adalah lumrah bagi mereka yang duduk di kawasan bandar. Kami yakin majoriti yang membaca artikel ini sekarang mengaksesnya menerusi sebuah telefon pintar. Tetapi akses kepada telefon mudah alih masih lagi sebuah kemewahan sekiranya dari dari Stock Apps adalah terbukti benar.

Menurut laporan mereka, hanya 67% ataupun 5.3 bilion penduduk bumi mempunyai akses kepada telefon mudah alih sehingga Julai 2021. Ini adalah peningkatan sebanyak 117 juta pengguna berbanding tahun lalu. Eropah ialah benua dengan peratusan pengguna telefon mudah alih tertinggi dengan 87% diikuti oleh Amerika Utara (85%), Amerika Latin (73%), Asia Pasifik (68%), Asia Tengah (68%), Afrika Sub-Sahara (50%). Masih terdapat kesenjangan akses kepada sistem perhubungan asas ini di Afrika dan Asia.

Penggunaan data Internet mudah alih pula meningkat 68% berbanding tahun lalu dengan 73% datang dari peranti Android dan 26.3% datang dari peranti iOS. Kos data Internet mudah alih paling mahal ialah di Greece dengan $8.16 untuk 1GB diikuti pula oleh UAE ($7.62), New Zealand ($6.99)dan Kanada ($5.72).

Sementara itu kod data Internet mudah alih paling murah pula boleh dinikmati di Israel ($.0.05), Itali ($0.27) dan Rusia ($0.29) untuk setiap 1GB. Jelas di sini harga data Internet mudah alih adalah ‘harga Yahudi’ yang ramai inginkan di Malaysia kerana amatlah murah berbanding harga purata global $4.07(~RM16.92) untuk setiap 1GB.


Komen ()