Cari @ Amanz

Maxis Awards Diperkenalkan Untuk Memberi Sokongan Kepada Projek Usahawan Tempatan

Oleh Nazrin

Link Copied!

Syarikat telekomunikasi tempatan, Maxis hari ini telah memperkenalkan sebuah program usahawan tempatan yang dinamakan Maxis Awards yang mana mereka akan membantu usahawan-usahawan tempatan untuk mengimplimentasi projek-projek tempatan yang akan memanfaatkan penduduk setempat mereka.

Dibawah program ini, Maxis telah memanggil sejumlah usahawan-usahawan tempatan untuk memberikan idea-idea projek mereka. Menerusi satu badan penghakiman, Maxis kemudiannya akan memilih sejumlah daripada projek-projek ini untuk diimplimentasi pada tahun hadapan, yang mana dua daripada projek yang memenangi tempat pertama akan diumumkan terlebih dahulu pada bulan Oktober kelak.

Projek-projek ini akan dinilai berdasarkan tiga kriteria, termasuklah inovasi, kemampuan teknologi disamping mempamerkan sumbangan positif kepada masyarakat, baik dari segi ekonomi, sosial, atau persekitaran. Maxis juga akan memberi sokongan bernilai RM5 juta kepada projek-projek yang memenangi anugerah Maxis Awards ini dari segi:

  • Penyelesaian Maxis Business yang diperlukan untuk tujuan kolaborasi, IoT, Awan, Suara, Rangkaian, dan/atau Sekuriti bersama dengan kepakaran teknikal dari Maxis untuk  membimbing mereka dalam proses perlaksanaan penyelesaian;
  • Pembiayaan tunai untuk membantu memenuhi keperluan operasi inisiatif;
  • Komitmen Maxis dalam memaksimumkan visibiliti projek teladan dan pelaburan dalam pemasaran dan publisiti melalui media dan saluran milik Maxis untuk meningkatkan kesedaran terhadap projek tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anugerah Maxis Awards, anda boleh ke laman web mereka melalui pautan ini.


Komen ()