Perkhidmatan perkongsian vidoa dan gambar popular iaitu Instagram sedang menghadapi masalah untuk diakses pada waktu ini. Masalah mula dikesan sekitar jam 2:30 petang ini dengan laman web serta aplikasi Instagram tidak boleh memaparkan kandungan baharu dengan amaran mengatakan proses menyegarkan semula tidak dapat dilakukan.
Pada waktu ini masalah dilaporkan oleh pengguna di seluruh dunia dan bukan sekadar penduduk di Malaysia. Pihak Facebook dan Instagram masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan lamam tidak boleh diakses serta bilakah ia akan kembali beroperasi. Buat masa ini anda perlu mencari kandungan yang ingin ditonton pada laman media sosial yang lain terlebih dahulu.