Cari @ Amanz

Realme 8i Dan 8s Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 9 September 2021

Link Copied!

Realme sebelum ini telah mengesahkan bahawa bakal hadir dengan dua telefon pintar baharu di bawah siri Realme 8. Ianya terdiri dengan Realme 8i dan juga Realme 8s. Seterusnya, informasi mengenai kedua-duanya juga telah tertiris dalam beberapa laporan dan imej tular terdahulu.

Enggan terus berteka-teki, Realme dalam satu ciapan terkini di Twitter berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk kedua-dua model berkenaan. Poster pelancaran yang dimuat-naik menunjukkan Realme 8i dan 8s akan membuat kemunculan rasminya pada minggu hadapan iaitu 9 September 2021.

Laman rasmi untuk kedua-duanya juga telah mula diterbitkan oleh pihak Realme. Di mana, mereka berkongsi lebih lanjut mengenai penawaran pada peranti. Dapat dilihat, Realme 8s akan dilengkapi cip MediaTek Dimensity 810 sekaligus menjadinya peranti pertama di dunia yang menggunakan cip berkenaan.

Seterusnya, Realme 8i turut sama menggunakan cip keluaran MediaTek menerusi janaan MediaTek Helio G96. Selain daripada itu, Realme 8i juga akan menyokong skrin dengan kadar segar semula tinggi 120Hz untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

Maklumat tertiris sebelum ini jelas menunjukkan kedua-dua telefon pintar ini akan mempunyai reka bentuk yang diilhamkan daripada model sedia ada di bawah siri realme 8. Kedua-duanya juga kelak menampilkan modul kamera berbentuk segi empat bersama tiga kamera di belakang.

Seperti biasa, penawaran lebih lanjut sama-sama nantikan perkembangan lebih lanjut dalam masa terdekat ini.

Sumber : Realme India


Komen ()