Family Mart Mini Kini Di Malaysia Dalam Bentuk Mesin Layan Diri Pintar

Diterbitkan pada Sep 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Family Mart ialah rangkaian kedai serbaneka Jepun yang kini mengubah landskap kedai 24 di Malaysia dengan penawaran makanan unik seperti ayam karaage, oden dan kotak bento. Kini Family Mart Mini pula dibuka di Malaysia dalam bentuk mesin layan diri pintar.

Family Mart Mini yang dibuka di stesen minyak Shell Lebuhraya Karak 2 ini menawarkan pembelian makanan seperti onigiri, sandwic, minuman tenusu, kek dan pelbagai lagi dengan citarasa Jepun. Mesin layan diri pintar ini membenarkan pembelian menggunakan skrin sesentuh dan pembayaran secara nirtunai. Kad debit, kredit dan dompet digital boleh digunakan oleh pelanggan.

Pada wakty ini Family Mart Mini dengan mesin layan diri pintar ini adalah yang pertama di Malaysia tetapi pihak Family Mart bercadang menambah lebih banyak cawangan dalam masa terdekat.

Sumber Tajria

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami