Cari @ Amanz

WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook, kini didenda sebanyak 225 Juta Euro (iaitu sekitar RM1.1 bilion) oleh pihak berkuasa Ireland.

WhatsApp didenda dsebabkan melanggar peraturan privasi data EU, dan kerana WhatsApp tidak memaklumkan pengguna di EU apa WhatsApp lakukan dengan data mereka.

WhatsApp

Pihak berkuasa turut mengatakan yang mana WhatsApp gagal memaklumkan bagaimana informasi peribadi dikumpulkan dan digunakan, termasuk bagaimana WhatsApp berkongsi data dengan pihak Facebook.

Buat masa ini, pihak WhatsApp memaklumkan yang mana mereka akan membuat rayuan ke atas keputusan baharu pihak berkuasa Ireland ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd