Carian
33 Filem Melayu Klasik dan Jarang Ditayangkan Terbitan Cathay Keris Akan Ke Astro Bulan Ini
September 2, 2021 Effi Saharudin

Tahukah anda apakah yang membuatkan saya sangat terkilan dengan platform penstriman di Malaysia? Kurangnya kandungan tempatan dari era zaman kegemilangan filem Melayu dekad 50an dan 60an. Kalau ada ditayangkan sekalipun ia kitaran semula filem P Ramlee sedangkan filem Melayu tidak terhad kepada biduan negara tersebut sahaja. Pada bulan September ini, Astro akan menayangkan 33 filem Melayu klasik terbitan Cathay-Keris Film Productions.

Menurut laporan Astro Awani, antara filem-filem yang akan ditayangkan ialah Pontianak Gua Musang, Sumpah Pontianak, Jula Juli Bintang Tiga, Tunang Pak Dukun, Dang Anom dan Chuchu Datuk Merah. Filem akan ditayangkan menerusi saluran Astro Citra dan Astro Prima serta platform penstriman Astro Go dan On Demand yang ditawarkan oleh Astro.

Cathay-Keris Film Producation ditubuhkan pada tahun 1953 di Singapura dan mengeluarkan sebanyak 60 filem sehinggalah ia ditutup pada tahun 1975. Antara filem klasik yang diterbitkan mereka adalah Bawang Putih Bawang Merah, Laila Majnun dan siri filem Mat yang dibintangi Mat Sentol.

Ada di antara filem-filem yang ditayangkan sudah lama tidak ditayangkan dan ini adalah peluang peminat filem klasik Melayu untuk menontonnya buat pertama kali. Senarai lengkap filem yang akan ditayangkan adalah seperti di bawah.

  1. Ayer Mata Duyong
  2. Badang
  3. Bawang Puteh Bawang Merah
  4. Chelorong Cheloreng
  5. Chucu Datuk Merah
  6. Dang Anom
  7. Dosa Wanita
  8. Dua Kali Lima
  9. Gila Talak
  10. Gurindam Jiwa
  11. Ikan Emas
  12. Jalak Lenteng
  13. Jula Juli Bintang Tiga
  14. Jula Juli Bintang Tujuh
  15. Kaseh Ibu
  16. Keranda Berdarah
  17. Korban Fitnah
  18. Laila Majnun
  19. Lela Satria
  20. Masok Angin Keluar Asap
  21. Mat Bond
  22. Mat Magic
  23. Pak Pandir Modern
  24. Pontianak Gua Musang
  25. Puteri Gunong Ledang
  26. Satay
  27. Selendang Delima
  28. Siti Zubaidah
  29. Sri Mersing
  30. Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang
  31. Sumpah Pontianak
  32. Tunang Pak Dukun
  33. Yatim Mustapha
Komen