Cari @ Amanz

Land Rover Defender V8 Bond Edition Diumumkan Dengan Harga Hampir RM500,000

Link Copied!

Filem James Bond: No Time To Die yang terkini dan memaparkan lakonan terakhir Daniel Craig sebagai perisik tampan akan akhirnya ke layak perak pada 30 September hadapan. Filem ini hampir dua tahun lewat berbanding tarikh tayangan asal November 2019. Kombinasi masalah produksi dan pandemik menyebabkan beberapa babak perlu menjalani proses penggambaan semula produk tajaan yang sudah berusia seperti telefon Nokia.

Sebelum tayangan perdana No Time to Die di London, kereta Land Rover Defender V8 Bond Edition telah diumumkan. Ia adalah edisi khas dengan beberapa kemasan yang akan membuatkan James Bond tidak segan memandunya. Bagi menunjukkan ia kenderaan yang sesuai untuk perisik, ia ditawarkan dalam warna hitam dengan hanya angkup brek dan hujung eksoz diwarnakan biru.

SUV ini dilengkapi enjin 5.0-liter V8 dengan 518 kuasa kuda yang membolehkan ia memecut dari 0-100 kmj dalam masa 5.1 saat sahaja. Amat pantas tetapi masih di belakang  Lamborghini Urus yang boleh melakukannya dalam asa 3.0 saat sahaja. Keempat-empat tayar dilengkapi rim 22″ dengan tayar keluaran Scorpion.

Bagi membezakannya lagi dari Defender biasa, terdapat logo 007 pada bahagian belakang dan juga pada skrin infohibur apabila dihidupkan. Sebanyak 300 unit Land Rover Defender V8 Bond Edition akan ditawarkan pada harga bermula $115,950 (~RM483,000) sebuah. Mesingan pada lampu hadapan, peluru berpandu, kaca kalis peluru, kerusi lenting dan sistem swapandu menggunakan telefon Ericsson tidak dijual secara berasingan.


Komen ()