Pulau Pinang Cadang Guna Tiang Lampu Jalan Untuk Memancar WiFi Kepada Rakyat

Diterbitkan pada Sep 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan Pulau Pinang kini mengatakan mereka akan mengeluarkan tawaran cadangan untuk sebuah projek dinamakan “Projek Smart Street Pole” yang mana akan memfokuskan kepada pembangunan tiang lampu jalan pintar.

Tiang lampu jalan pintar ini bukan sahaja akan menawarkan cahaya ke jalan, tetapi juga dilengkapi dengan sokongan kamera litar tertutup, dan pada masa yang sama turut menjadi tiang komunikasi untuk perkhidmatan WiFi.

Projek baharu ini dijangka akan menggantikan perkhidmatan WiFi percuma Penang Free WiFi.

Ia diperkatakan Penang Free WiFi sering menerima banyak aduan kerana kelajuan internet, dan kos yang dibayar juga dikatakan tidak setimpal dengan kualiti perkhidmatan.

Beberapa syarikat telekomunikasi yang berminat dikatakan telah melakukan percubaan dengan membina tiang pintar di beberapa kawasan. Namun, ia mengalami kelewatan disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami