Cari @ Amanz

Twitter sedia menguji ciri Tip Jar dikalangan sejumlah pengguna, membolehkan seseorang memberikan sedikit tip atau imbuhan kepada akaun Twitter yang mereka gemari atau hargai. Buat masa ini, ciri berkenaan disokong untuk penghantaran matawang biasa, dan ia dihantar melalui PayPal dan beberapa perkhidmatan kewangan lain.

Namun, bergerak kehadapan, Twitter dilihat akan turut menyokong penghantaran dan tip dalam bentuk kriptowang.

Melalui kod baharu yang dilihat pada aplikasi Twitter, ia dilihat Twitter akan menyokong penghantaran tip dalam bentuk Bitcoin. Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, memandangkan CEO Twitter sendiri aktif menyokong Bitcoin.

Ciri baharu ini dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat ini, sekaligus mungkin memberikan impak positif kepada semua, Twitter, Bitcoin, dan juga pengguna Twitter sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd