Apple Car Mungkin Dilancarkan Seawal 2024

Diterbitkan pada Sep 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelbagai spekulasi dan ura-ura didengari mengenai kereta elektrik pertama keluaran Apple. Yang pasti kerjasama di antara Apple dan Hyundai dihentikan selepas syarikat gergasi automotif Korea Selatan enggan sekadar menjadi pengilang. Kini menurut laporan DigiTimes, Apple dilaporkan mungkin melancarkan Apple Car seawal 2024.

Mereka dipercayai sedang melakukan pertemuan dengan beberapa syarikat yang berpotensi menjalinkan kerjasama untuk merealisasikan kereta elektrik pintar pertama mereka. Antara syarikat yang dipercayai sedang melakukan perbincangan dengan Apple ialah Toyota dan LG.

BFMradio

Sasaran 2024 yang dilaporkan oleh DigiTimes ini adalah terlalu optimistik kerana Apple mempunyai sejarah mengambil masa yang lama sebelum memperkenalkan produk dalam kategori baharu. Apabila proses cuba dipercepatkan hasilnya ialah produk mengecewakan seperti Motorola ROKR E1 yang menawarkan iTunes buta pertama kali. Pengeluaran kereta adalah jauh lebih kompleks berbanding telefon, tablet ataupun komputer yang mereka hasilkan sebelum ini.

Tahun 2021 melihat syarikat pengeluar telefon pintar seperti Oppo, Xiaomi dan Huawei cuba untuk memasuki industri pengeluaran kereta kerana dilihat sebagai evolusi seterusnya selepas melancarkan peranti pintar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami