TM : Penggunaan Internet Meningkat 45% Sejak Permulaan PKP
September 3, 2021
Aman
Telekom Malaysia kini berkongsi mengatakan penggunaan internet oleh pelanggan mereka memperlihatkan peningkatan drastik sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuat-kuasa bulan Mac 2020 lepas.
TM mengatakan mereka menyaksikan peningkatan penggunaan internet sehingga 45% dilihat pada rangkaian mereka.
Hal ini adalah kerana ramai yang mula bekerja dari rumah, selain mengikuti pembelajaran dari rumah. Setiap pekerja dan pelajar kini perlu bergantung pada rangkaian masing-masing, berbeza dengan dulu yang mana semua akan bergantung pada satu rangkaian di pejabat, atau sekolah.
Bagi anda sendiri, bagaimanakah penggunaan internet anda sejak daripada PKP tahun lepas?
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.