Pengguna di Malaysia kini menerima penawaran baharu daripada ZTE. Melaluinya, ZTE Blade A51 telah diperkenalkan secara rasmi. Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM419 dengan dua pilihan warna seperti Steel Blue dan Pearl Grey.

Untuk spesifikasi khusus, ZTE Blade A51 dilengkapi skrin 6.52-inci beresolusi HD+ dengan rekaan paparan bertakuk kecil. Ia seterusnya dilengkapi cip lapan teras, memori 2GB RAM, dan storan dalaman 64GB.
Kamera utama pula adalah 13MP + 2MP. Seterusnya, kamera hadapan adalah sebesar 5MP. Bateri adalah sebesar 3,200mAh yang boleh dicas semula menggunakan port sambungan microUSB.

Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan Android R Go, pengimbas cap jari fizikal, imbasan wajah, NFC, bicu audio 3.5mm dan sebagainya.
- Beli Dari Lazada : ZTE Blade A51
- Beli Dari Shopee : ZTE Blade A51