Infinix Malaysia dalam beberapa perkongsian terkini mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan model Infinix Note 10 Pro untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia sekaligus bakal menjadi model terkini untuk merancakkan lagi rangkaian telefon pintar sedia ada mereka.
Infinix Note 10 Pro dilengkapi skrin 6.95-inci LCD FHD+ yang menyokong kadar segar semula tinggi 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G95, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh. Tetapan kamera utama adalah 64MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan adalah 16MP. Spesifikasi lain termasuklah – bicu audio 3.5 mm, sokongan radio FM, sistem operasi Android 11 dan sebagainya.
Setakat artikel ini ditulis, harga jualan yang disenaraikan di laman Shopee adalah RM859. Bagaimanapun, ia dijangka akan dijual dengan harga lebih rendah selepas diumumkan secara rasmi kelak ekoran terdapatnya satu perkongsian Infinix yang menunjukkan perkara berkenaan. Ia dijangka promosi tempoh masa terhad seperti mana yang ditawarkan oleh kebanyakan pengeluar hari ini.