Cari @ Amanz

Dalam satu lagi perkembangan berbeza, Infinix juga dilihat mempunyai perancangan untuk pengenalan komputer riba di Malaysia. Ia berikutan terdapatnya perkongsian berbentuk poster ditemui di laman Shopee yang menunjukkan perkara berkenaan.

Komputer riba tersebut dikenali sebagai INBook X1Pro. Namun begitu, Infinix dilihat sekadar mengacah dan masih berteka-teki mengenai tarikh pelancaran serta harga jualan rasminya setakat ini. Bersama-sama dengannya, turut kelihatan sebuah televisyen pintar iaitu Infinix Smart TV X1 yang dijangka turut sama akan diperkenalkan tidak lama lagi.

INBook X1Pro telah diumumkan di beberapa pasaran luar sekitar bulan Jun yang lalu. Komputer riba ini dilengkapi paparan berukuran 14-inci dengan resolusi 1920 X 1080piksel dan berat sekitar 1.48kg. Ia akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-10, cip grafik Intel Iris Plus, memori 8GB RAM, storan 512 GB PCIe SSD dan bateri 55 Wh. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 10 Home, sokongan Wi-Fi 6 dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Infinix Malaysia berhubung perkara ini.

Sumber : Shopee Infinix

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd