AC Mizal, pengacara popular dan juga pelakon, kini telah mengumumkan perancangan untuk pengenalan sebuah saluran televisyen 24 jam tersendiri, dinamakan sebagai SUKE TV.
SUKE TV dilihat akan menawarkan kandungan, disamping turut memberikan penekanan kepada sokongan jual-beli dan edagang melalui saluran berkenaan.
AC Mizal mengatakan mereka menyasarkan penawaran kandungan asli melaluinya, selain pada masa yang sama pengalaman pembelian yang baharu melaluinya.
SUKE Shop akan memfokuskan kepada bahagian jual-beli, dan menariknya ia dilihat akan lebih memudahkan PKS (Perniagaan Kecil dan Sederhana) untuk meningkatkan jualan melalui saluran berkenaan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan SUKE TV, dan pembaharuan yang bakal dibawakan melaluinya kepada pengguna tempatan.
- Layari : Suke TV