Kelak Twitter Akan Membenarkan Ciapan-Ciapan Lama dan Likes Disorok

Diterbitkan pada Sep 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ada pepatah Inggeris yang mengatakan ‘apa yang telah muncul di Internet tidak boleh dipadam’. Ini tidak 100% benar tetapi kegagalan memadam kesilapan lalu telah mengakibatkan ramai individu kehilangan kerja seperti yang berlaku kepada James Gunn sehingga dipecat dari siri Guardians of The Galaxy oleh Disney. Menyedari adalah sukar untuk memadam keseluruhan ciapan yang pernah dihantar, Twitter sedang mempertimbangkan ciri menyorokkan ciapan-ciapan lama dari susur masa menurut laporan Bloomberg.

Twitter Fleets

Apabila disorokkan, ciapan-ciapan lama ini juga tidak boleh dicari oleh pengguna lain. Sekiranya anda pernah menghantar ciapan kurang bijak seperti ‘kalau pulang ke Man United saya sanggup botak satu badan’ misalnya ia tidak boleh dikorek semula untuk menimbulkan kesipuan kepada diri sendiri. Pengguna boleh memilih untuk mengarkibkan ciapan selepas 30, 60, 90 hari atau selepas setahun.

Ciri lain yang akan diberikan ialah mengehadkan pengguna melihat ciapan yang pernah di Like oleh pemegang akaun dan membuang pengikut tanpa perlu mengalang mereka terlebih dahulu. Tiada susur masa diberikan bila ciri-ciri ini akan diberikan. Tetapi dengan semakin banyak kes ciapan dan Like lampau memakan tuan, ia pastinya ciri yang perlu untuk menjaga maruah di masa hadapanb.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami