Intel Menunjukkan Rekaan Watak Alchemist Untuk Mempromosi Kad Grafik Intel Arc Pertama Mereka

Diterbitkan pada Sep 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa minggu yang lalu, Intel telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri kad grafik pertama mereka, iaitu Intel Arc pada awal tahun hadapan. Siri pertama ini dinamakan Intel Arc Alchemist, dilihat bakal hadir dengan beberapa model kad grafik kelas pertengahan dan premium untuk menandingi penawaran daripada AMD dan juga NVIDIA.

Sebagai satu cara pemasaran, Intel juga nampaknya dilihat memperkenalkan maskot untuk siri kad grafik tersebut yang juga dinamakan Alchemist. HotHardware menemubual Intel pada minggu lepas mengenai siri kad grafik Intel Arc Alchemist, dan pada acara tersebut, turut memperkenalkan maskot ini.

Seperti siri kad grafik tersebut, ia juga dinamakan Alchemist, dan selain daripada rekaan maskot tersebut, Intel turut memperlihatkan sedikit maskot-maskot mereka yang lain, iaitu Battlemage, Celestial dan Dryad yang akan dilancarkan di masa akan datang.

Intel turut memperlihatkan beberapa gambar yang boleh digunakan pada desktop anda jika diingini, dan boleh dimuat-turun melalui laman web HotHardware jika diingini.

Sumber: HotHardware

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami